MANGSA maut dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di hospital. FOTO ihsan pembaca
MANGSA maut dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di hospital. FOTO ihsan pembaca
Raja Noraina Raja Rahim


Seremban: Anggota polis maut dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, berhampiran Senawang, di sini, semalam.

Lans Koperal Mohamad Fadzli Abdul Hamid, 33, anggota Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Muar, Johor, meninggal dunia dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah, Melaka.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, dalam kejadian 4.25 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai terbabit kemalangan dengan kereta.

"Ketika kejadian cuaca hujan dan jalan licin.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis memohon kerjasama orang awam yang melihat kejadian agar tampil memberikan maklumat," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2017 @ 6:10 AM