MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan Bomba
MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan Bomba
Mohd Fadly Samsudin


Serdang: Lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta dipandunya di Kilometer 17.9 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) di Seri Kembangan, 6.20 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Lee Wai Leong berkata, mangsa Lee Chee Yong, 27, memandu kereta maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa melanggar bahagian kanan bas yang berada di lorong tengah lebuh raya berkenaan.

"Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak keluar dan jatuh di atas lorong laju.

"Siasatan polis di lokasi kejadian mendapati lebuh raya itu mempunyai tiga lorong dan keadaan jalan lurus," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 12:22 PM