MOHD Firdaus maut di tempat kejadian  selepas terbabit nahas di Lebuhraya Maju Expressway, semalam.
MOHD Firdaus maut di tempat kejadian selepas terbabit nahas di Lebuhraya Maju Expressway, semalam.

Kuala Lumpur: Seorang jurutera maut diseret sebuah kereta sejauh hampir 20 meter sejurus mangsa tercampak ke tengah jalan.

Dalam kejadian jam 12.42 tengah hari semalam, mangsa, Mohd Firdaus Ahmad, 30, yang menunggang motosikal terbabit kemalangan di Kilometer 20.5, Lebuhraya Maju Expressway (MEX) arah ke Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori yang sedang menjalankan kerja pemasangan kabel berhenti di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan.

“Mangsa yang menunggang motosikal Kawasaki Scrambler gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kanan lori yang diletakkan di lorong kiri jalan.

“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh di lorong tengah lebuh raya sebelum sebuah kereta dipandu seorang lelaki gagal mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Ogos 2015 @ 6:29 AM