KETUA Bahagian Regulatori Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor Dr Khairina Akmar Khalid (tiga dari kiri) menampal logo Kelab Kucing Fantasia (KFF) sebagai gimik perasmian Majlis Pelancaran KFF di Pusat Beli belah Dpulze, Cyberjaya. FOTO Nursyahirah Marzuki

Nursyahirah Marzuki

Cyberjaya: Orang ramai diminta berhati-hati dengan lambakan doktor veterinar palsu atau 'Bogus Vet' yang semakin berleluasa terutama di laman sosial dan kedai haiwan perliharaan.

Ketua Bahagian Regulatori Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor Dr Khairina Akmar Khalid berkata, kebanyakan bogus vet tidak mempunyai ilmu dan kaedah rawatan sebenar dan tidak diiktiraf oleh Majlis Veterinar Malaysia (MVC).

"Mereka mengaku boleh membuat rawatan veterinar seperti suntikan vaksin kepada haiwan," katanya ketika ditemui Majlis Pelancaran Kelab Kucing Fantasia (KKF) di Pusat beli belah Dpulze di sini, hari ini.

Katanya, perkhidmatan yang ditawarkan Bogus Vet ini perlu dielakkan kerana ia boleh memberi kesan sampingan kepada haiwan berkenaan sekiranya tidak mengikut kaedah yang betul.

Dr Khairina berkata, ada diantara mereka menggunakan jarum yang sama dan memberi sukatan ubat secara berlebihan malah tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2017 @ 6:32 PM