MEKSEB Debesay memenangi peringkat keempat Seri Manjung-Tanah Rata LTdL2017. FOTO Muhaizan Yahya
MEKSEB Debesay memenangi peringkat keempat Seri Manjung-Tanah Rata LTdL2017. FOTO Muhaizan Yahya
Azlan Muhammad Zain

Tanah Rata, Cameron Highlands

PELUMBA Dimension Data, Mekseb Debesay menjuarai peringkat keempat 174.4 kilometer Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 dari Seri Manjung ke Tanah Rata, Cameron Highlands.

Pelumba kelahiran Habsyah itu mengatasi cabaran sengit Cameron Bayly dari Isowey Sports Swisswellness dengan catatat empat jam, 37 minit dan 49 saat.

Bagaimanapun, Debesay tidak mampu merampas jersi kuning (kategori individu keseluruhan) apabila rakan sepasukannya, Ryan Gibbons melakar kejutan berada pada kedudukan ketiga, hari ini.

Jersi Raja Bukit kekal menjadi milik John Kronborg Ebsen dari Infinite AIS Cycling Team.

Kategori pelumba terbaik Asia pula masih kekal buat Yevgeniy Gidich Vino Astana Motors.

Scott Sunderland dari Isowey Sports Swisswellness turut mengekalkan gelaran Raja Pecut.

Peringkat kelima akan bersambung, esok, dari Meru Raya ke Kuala Kubu Bharu sejauh 151.5 kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2017 @ 4:29 PM