AZIZ (kiri) menyerahkan dokumen serah terima tugas kepada Mohamad Zainal (kanan) sambil disaksikan oleh Tian Kee. FOTO L Manimaran
AZIZ (kiri) menyerahkan dokumen serah terima tugas kepada Mohamad Zainal (kanan) sambil disaksikan oleh Tian Kee. FOTO L Manimaran
Mohd Hafizee Mohd Arop


Seri Iskandar: Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Perak Tengah berkuatkuasa hari ini.

Mohamad Zainal, 39, menggantikan Superintendan Aziz Hassan, 60, yang bersara wajib.

Majlis serah terima tugas itu diadakan di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah disaksikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Gan Tian Kee.

Pada majlis itu, turut diadakan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Perak Tengah antara Rodziah Mohd Yusof dengan Niche Isa Medina Machmudi Isa yang baru dilantik.

Penyerahan tugas itu disaksikan Timbalan Pengerusi PERKEP negeri, Datin Zuriani Mohd Kamal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2017 @ 2:00 PM