ABDUL Aziz (kiri) menyerahkan 'Tongkat Kuasa' kepada Abd Fatah sambil disaksikan Hasnan (tengah) di Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Sungai Siput (U). FOTO L Manimaran
ABDUL Aziz (kiri) menyerahkan 'Tongkat Kuasa' kepada Abd Fatah sambil disaksikan Hasnan (tengah) di Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Sungai Siput (U). FOTO L Manimaran
Mohd Hafizee Mohd Arop


Sungai Siput: Bekas Ketua Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Superintendan Abd Fatah Abd Rahman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sungai Siput berkuatkuasa hari ini.

Abd Fatah, 55, menggantikan Superintendan Abdul Aziz Ahmad, 60, yang bersara wajib.

Majlis serah terima tugas itu diadakan di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput disaksikan Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan.

Pada majlis itu, turut diadakan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Sungai Siput antara Fauziah Idris dengan Mariam Jamal yang baru dilantik.

Penyerahan tugas itu disaksikan Naib Pengerusi PERKEP negeri, Datin Zuriani Mohd Kamal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 11:43 AM