RAHIM (kiri) bersama saudara baru di Pejabat MACMA Melaka, Bukit Baru, kelmarin.
RAHIM (kiri) bersama saudara baru di Pejabat MACMA Melaka, Bukit Baru, kelmarin.

Melaka: Hanya air mata kegembiraan yang mengiringi rasa syukur Teh Kai Loon, 31, selepas penantiannya selama tujuh tahun untuk memeluk Islam akhirnya tercapai.

Dia yang mesra dengan panggilan Ah Loon mengucap dua kalimah syahadah pada majlis ringkas di pejabat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Melaka, Bukit Baru, kelmarin.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dia lega sejurus selesai mengucapkan dua kalimah syahadah malah segala kebimbangannya sebelum ini hilang begitu saja.

“Sudah lama saya pendamkan hasrat untuk memeluk Islam. Impian ini saya rahsiakan malah kenalan rapat di kampung juga tidak tahu mengenainya.

“Alhamdullilah, ibu bapa dan keluarga tidak menghalang kemahuan saya memeluk Islam,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2017 @ 5:34 AM