AKSI FELDA tak menentu selepas ketiadaan Azmi.
AKSI FELDA tak menentu selepas ketiadaan Azmi.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Bekas pengendali Angkatan Tentera Malaysia (ATM) B Sathianathan kini berada dalam radar FELDA United bagi membimbing pasukan Liga Super itu sekali gus mengisi kekosongan ditinggalkan Azmi Mohamed selepas melepaskan jawatan itu minggu lalu.

Sathianathan, 59, yang kini berkhidmat di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai Ketua Jabatan Kejurulatihan dikatakan bakal menguruskan The Fighters yang ketika ini berdepan aksi tidak menentu susulan keputusan mengejut Azmi untuk meninggalkan pasukan itu.

Menurut Sathianathan, memang benar beliau sedang diintai kelab berkenaan dengan beberapa pertemuan sudah diatur bersama pengurusan tertinggi FELDA sebelum ini.

Bagaimanapun, ia masih di peringkat awal dengan beliau juga perlu mendapatkan pelepasan FAM terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Perbincangan masih di peringkat awal. Memang saya ada berjumpa beberapa kali dengan mereka (FELDA) yang kini sedang berusaha mencari pengendali baru.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2017 @ 7:52 AM