FOTO Hairul Anuar Rahim
FOTO Hairul Anuar Rahim
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: "Saya sendiri sudah kehilangan anak dan saya faham perasaan anda," titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Baginda turut meminta ibu bapa menjaga dan memantau anak masing-masing.

Titah diberikan selepas baginda menziarah keluarga kanak-kanak dan remaja yang maut dirempuh kereta dalam kejadian di Jalan Lingkaran 2, Mahmoodiah, 3 pagi ini.

"Nasihat saya kepada semua, jaga dan pantau anak-anak serta tegur mereka.

"Biar mereka menangis, jangan kita menangis," titah baginda sebelum meninggalkan bilik mayat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Februari 2017 @ 12:05 PM