Pesawat  CRJ700 milik American Eagle disembur buih sebaik mendarat selepas ia dikesan mengalami kebocoran minyak (gambar kecil). - Foto WSOCTV
Pesawat CRJ700 milik American Eagle disembur buih sebaik mendarat selepas ia dikesan mengalami kebocoran minyak (gambar kecil). - Foto WSOCTV
AP

Charlotte, Carolina Utara: Pesawat CRJ700 milik syarikat penerbangan American Eagle terlanggar rusa ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Charlotte Douglas di sini, menyebabkan ia terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan cemas, awal pagi ini waktu Malaysia.

Pesawat itu yang membawa 44 penumpang dan anak kapal, penerbangan ke Gulfport, Mississippi, diarah berpatah balik dan mendarat oleh menara kawalan selepas mengesan berlaku kebocoran minyak akibat perlanggaran itu.

Menurut kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, kejadian berlaku menjelang tengah hari (waktu tempatan) dan pesawat Penerbangan 5320 itu mengisytiharkan kecemasan sebelum mendarat dengan selamat.

Pasukan bomba menyembur buih pada badan pesawat sebaik ia mendarat.

American Eagle ialah anak syarikat American Airlines dan menurut jurucakapnya, Katie Cody, tiada kecederaan berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2017 @ 9:27 AM