VAZQUEZ (kiri)  menolak bola melepasi jangkauan penjaga gol Osasuna, Sirigu.
VAZQUEZ (kiri) menolak bola melepasi jangkauan penjaga gol Osasuna, Sirigu.
AFP

Madrid: Real Madrid mengekalkan kelebihan satu mata berbanding Barcelona di puncak La Liga Sepanyol apabila Cristiano Ronaldo menjaringkan gol untuk menang 3-1 ke atas pasukan tercorot Osasuna, kelmarin.

Sebelum itu tiga penyerang Barca iaitu Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar menjaringkan gol untuk membelasah Alaves 6-0.

Madrid turut mempunyai kelebihan dua perlawanan berbanding pencabar lain.

Bagaimanapun kedua-dua perlawanan itu dibayangi kecederaan teruk apabila buku lali kanan pemain Barca Aleix Vidal terkehel dan menyebabkannya tidak dapat beraksi selama lima bulan manakala pemain Osasuna Tano Bonnin mengalami dua keretakan pada kakinya.

“Tidak banyak beza antara kedua-dua pasukan. Memang benar ia perlawanan membabitkan pasukan pendahulu dengan tercorot tapi anda perlu menghadapi perlawanan ini dan lawan sentiasa memberi masalah terhadap Madrid,” kata pengurus Real Zinedine Zidane.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2017 @ 6:35 AM