ANAK buah Bernhardt tekad pamer aksi terbaik di Sukan SEA.
ANAK buah Bernhardt tekad pamer aksi terbaik di Sukan SEA.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Buruan kilauan emas bola sepak Sukan SEA Ogos ini tampak sukar jika sistem latihan bukan sepenuh masa ketika ini terus diamalkan skuad kendalian Frank Bernhardt.

Berbaki kurang enam bulan sebelum saingan dwitahunan itu bermula, sudah tiba masanya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil serius perkara ini bagi membolehkan Bernhardt merencana strategi lebih ampuh untuk anak buahnya.

Menurut penyerang skuad Bawah 22 (B-22) tahun Jafri Firdaus Chew, cadangan untuk mengumpulkan mereka sebagai satu pasukan tetap antara jalan terbaik bagi memantapkan persembahan.

Jelasnya, kekalahan 0-3 kepada skuad B-22 Vietnam di Stadium Thong Nhat itu sudah diduga lebih awal susulan kegagalan mengumpulkan pemain terbaik selain tiadanya latihan sebelum berangkat ke negara itu.

“Kami tak boleh buat apa-apa, sebab latihan tidak ada sebelum pergi, kemudian terus nak main. Malah, ketiadaan beberapa pemain utama juga antara faktor kekalahan dan jika mereka ada, mungkin kami lebih kuat.

“Saya rasa lebih baik kumpulkan kami dari awal macam Vietnam buat. Kami tahu mereka sudah bersama sejak berusia 19 tahun dan tak pernah berpecah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2017 @ 5:43 AM