Mayat seorang daripada tiga kanak-kanak yang ditemui lemas di di sungai di Kampung Karambunai Baru 10.45 malam tadi. FOTO Recqueal Raimi
Mayat seorang daripada tiga kanak-kanak yang ditemui lemas di di sungai di Kampung Karambunai Baru 10.45 malam tadi. FOTO Recqueal Raimi
Recqueal Raimi


Tuaran: Tiga kanak-kanak lelaki termasuk dua beradik berusia 7 hingga 10 tahun ditemui lemas di sungai di Kampung Karambunai Baru, di sini, 10.45 malam tadi.

Mayat Mukrim Laja, 10 dan adiknya, Azran, 8, serta Ryzanieezal Norizal, 7, ditemui oleh penduduk kampung berkenaan di muara sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, ketiga-tiga mangsa itu dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 5 petang semalam.

Beliau berkata, susulan itu, ahli keluarga membuat laporan, selepas usaha mencari mangsa gagal.

"Tidak lama kemudian, pihak polis menerima panggilan telefon daripada penduduk kampung berkenaan menyatakan semua mangsa ditemui dalam keadaan terapung di muara sungai tersebut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 7:18 PM