Coklat masakan dan serbuk lada guna logo halal palsu yang dirampas dalam serbuan di Bukit Mertajam, tengah hari semalam. FOTO ihsan KPDNKK
Coklat masakan dan serbuk lada guna logo halal palsu yang dirampas dalam serbuan di Bukit Mertajam, tengah hari semalam. FOTO ihsan KPDNKK
Shamsul Munir Safini


Bukit Mertajam: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Seberang Perai Tengah (SPT) rampas coklat masakan dan serbuk lada guna logo halal palsu dalam satu serbuan di sini, tengah hari semalam.

Dalam serbuan 12.50 tengah hari itu, KPDNKK merampas 288 bungkus serbuk lada dan 96 bungkus coklat masakan kerana didapati menyalahgunakan logo pengesahan halal pada paket bungkusan barang masakan itu.

Ketua Cawangan KPDNKK SPT Abdul Madi Wahab berkata, serbuan dilakukan berdasarkan hasil risikan pihaknya yang mendapati premis berkenaan menjual barangan yang menggunakan logo halal palsu yang kononnya dikeluarkan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Abdul Madi berkata, kesemua barangan berkenaan kemudian dirampas dan pemilik premis diambil keterangan bagi tujuan siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Peraturan 8 Akta Perihal Dagangan 201.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 4:09 PM