IHSAN KPDNKK
IHSAN KPDNKK
Shamsul Munir Safini


Prai: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Seberang Perai Tengah rampas jersi tiruan pelbagai jenama, di sini.

Penguatkuasa KPDNKK merampas 152 jersi dan seluar tiruan pelbagai jenama bernilai RM4,652, dalam serbuan kira-kira 2 petang semalam.

Ketua Cawangan KPDNKK Seberang Perai Tengah, Abdul Madi Wahab berkata, kesemua barangan itu dipercayai dijual murah di antara RM20 hingga RM30.

Katanya, pemilik premis diambil keteragan oleh pihaknya dan kesemua barangan dirampas bagi tujuan selanjutnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2016 @ 2:20 PM