IHSAN KPDNKK
IHSAN KPDNKK
Shamsul Munir Safini


Bukit Mertajam: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Seberang Perai Tengah rampas 11,900 kilogram minyak masak yang diproses.

Barangan kawalan terbabit dirampas di premis tanpa permit di Bukit Minyak, tengah hari semalam.

Dalam serbuan kira-kira 12 tengah hari itu, KPDNKK memeriksa kilang memproses soya sebelum menemui berpuluh tong berisi minyak masak bernilai RM38,675.

Ketua Cawangan KPDNKK Seberang Perai Tengah, Abdul Madi Wahab, berkata premis berkenaan tidak mempunyai permit untuk memproses barang kawalan.

"Susulan itu satu kesalahan mengikut Perintah 3(1) Peraturan-Peraturan Bekalan 1974.

"Mereka juga sudah memproses minyak masak tanpa permit sejak 2009," katanya.

Beliau berkata, kesemua minyak masak berkenaan dirampas dan pemilik premis diambil keterangan bagi tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2016 @ 7:56 AM