Faizabad (Afghanistan): Sekurang-kurangnya 10 terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam runtuhan salji di kampung utara Wilayah Badakhshan, malam tadi.

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku di perkampungan Barghut village, daerah Mahami.

Laporan awal menyebut 10 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak adalah antara yang terbunuh manakala 12 lagi cedera.

Pengarah Pengurusan Bencana dan Kemanusiaan, Sayyed Abdullah Dehqan, berkata jumlah mangsa mungkin meningkat.

Katanya, 18 rumah musnah dalam tragedi itu selain menambah bahawa pasukan penyelamat sudah dihantar di kawasan terjejas.

Kawasan pergunungan itu yang terletak kira-kira 315km ke timur laut Kabul dikatakan menerima salji luar biasa sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Februari 2017 @ 4:48 PM