Penduduk berjalan di atas runtuhan rumah di Mingora, Swat, Pakistan, dekat sempadan Afghanistan, yang musnah akibat gempa bumi melanda Jurm, Afghanistan, berdekatan sempandan Pakistan, petang semalam. - Foto REUTERS

Seiorang mangsa yang cedera dirawat di sebuah hospital di Peshawar, Pakistan. Seramai 152 orang terbunuh di Pakistan akibat gempa bumi yang berlaku di Jurm, Afghanistan, berdekatan sempandan Pakistan, petang semalam. - Foto AFP

Kabul: Jumlah korban gempa bumi berukuran 7.5 magnitud yang melanda Afghanistan meningkat kepada 215 orang, termasuk 12 pelajar perempuan di Afghanistan yang terpijak atau dirempuh ketika berebut-rebut lari menyelamatkan diri apabila sekolah runtuh.

Lebih 1,000 lagi cedera dan ratusan rumah musnah akibat gempa bumi yang berpusat di Jurm, utara Afghanistan, 250 kilometer dari Kabul pada kedalaman 213.5 kilometer dengan gegarannya menggoncang bangunan di Kabul, boleh dirasai sehingga Pakistan, Punjab dan New Delhi.

Pegawai kanan kerajaan Afghanistan, Abdullah Abdullah, berkata kemusnahan besar berlaku di Badakhshan, Takhar, Nangarhar, Kunar serta Kabul.

Sekurang-kurangnya 63 orang disahkan terbunuh di Afghanistan dengan 30 daripadanya di wilayah Kunar, 152 lagi Pakistan dan jumlah korban dijangka meningkat.

Gabenor wilayah Badakhshan, Shah Wali Adib, berkata 1,500 rumah musnah di wilayah itu.

Menurut Pengarah Pendidikan wilayah Takhar, Enayat Naweed, 12 murid perempuan mati ketika cuba menyelamatkan diri dari bangunan sekolah yang runtuh di Taluqan, hingga menyebabkan berlakunya tragedi dipijak dan dirempuh itu.

“Seramai 12 murid mati manakala 35 lagi cedera,” katanya.

Pegawai daerah Peshawar di Pakistan, Arbab Muhammad Asim, berkata lebih 100 penduduk cedera dengan banyak rumah runtuh.

Ketua unit kecemasan sebuah hospital di Peshawar berkata, sehingga tengah malam tadi mereka yang cedera masih tiba di hospital.

“Masih ramai berada di bawah runtuhan bangunan,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 2:25 AM