HIDANGAN pencuci mulut yang digemari ramai.
HIDANGAN pencuci mulut yang digemari ramai.
HIDANGAN pencuci mulut yang digemari ramai.
HIDANGAN pencuci mulut yang digemari ramai.
KAFE Magnum pertama di Malaysia dibuka di pusat beli-belah Mid Valley, baru-baru ini.
KAFE Magnum pertama di Malaysia dibuka di pusat beli-belah Mid Valley, baru-baru ini.
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Pembukaan Kafe Magnum pertama di Malaysia di pusat beli-belah Mid Valley, baru-baru ini mencetuskan fenomena tersendiri kepada penggemar aiskrim.

Meskipun pada awal pembukaannya, pelanggan perlu beratur panjang, mereka ternyata berpuas hati.

Bagi yang belum berkesempatan untuk mengunjunginya, pasti tertanya-tanya tarikan sebenar kafe ini hingga menarik kunjungan ramai hampir setiap masa.

Harian Metro ingin berkongsi beberapa keistimewaannya iaitu pertama, kafe dua tingkat dengan keluasan 4,200 kaki persegi itu mempunyai dua bar infiniti.

Berbanding cawangannya di tempat lain seperti di Jakarta (Indonesia), Bangkok (Thailand) dan Paris (Perancis), kafe itu yang pertama dilengkapi dua bar infiniti.

Ini membolehkan pengunjung mencipta sendiri rekaan pencuci mulut yang digemari tanpa perlu menunggu lama.

Kedua, pengunjung boleh mencipta sebanyak 250,000 jenis aiskrim mengikut tiga langkah mudah iaitu memilih perisa yang digemari sama ada vanila atau coklat. Kemudian, pilih salutan sama ada coklat susu atau coklat gelap sebelum memilih tiga daripada pilihan salutan atau hiasan berperisa.

Jika mahukan kelainan, saat ini paling sesuai kerana pengunjung boleh memilih pelbagai jenis hiasan berperisa termasuk daripada kekacang, buah-buahan atau marshmallow.

Langkah terakhir, sempurnakan aiskrim berkenaan dengan sos coklat sama ada coklat putih, susu atau gelap.

Ketiga, dengan membelanjakan serendah RM9.90, ia menjanjikan pengalaman menarik, apatah lagi ia didatangkan bersama kebebasan mencipta sendiri aiskrim mengikut kreativiti pengunjung.

Menurut Pengarah Pemasaran Unilever Holdings Malaysia, Herry Budiazhari, idea pembukaan kafe berkenaan untuk membawa pengalaman menarik menikmati aiskrim kepada penggemar di negara ini.

"Perlu ruang fizikal untuk jenama ini berinteraksi secara langsung dengan penggemar secara dua hala bagi membolehkan mereka merasai sendiri pengalaman berkenaan," katanya pada majlis perasmian kafe berkenaan, baru-baru ini.

Bagi yang gemar cita rasa tempatan, kafe berkenaan turut menyediakan empat menu utama untuk dinikmati.

Empat menu berkenaan ialah Kaya Waffle Toast, Magnum Triple Choc Cookie Skillet, Galaxy dan Triffle.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:04 AM