KIT Kat Rubies yang enak dan mewah.
KIT Kat Rubies yang enak dan mewah.
GOEL dan Martin (kanan) melancarkan coklat Kit Kat Rubies.
GOEL dan Martin (kanan) melancarkan coklat Kit Kat Rubies.
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Coklat sememangnya digemari pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira usia atau latar belakang.

Sama ada sebagai pencuci mulut, hidangan ringan untuk memeriahkan sambutan atau sekadar tanda kenang-kenangan, coklat boleh menjadi sesuatu yang paling digemari.

Jika diberi sebagai hadiah, snek ringan itu mampu menghadirkan suasana ceria dan kegembiraan kepada penerimanya.

Memberi pilihan kepada penggemar, Nestle Kit Kat tampil memperkenalkan coklat bermutu tinggi terbaru, Rubies.

Pengurus Eksekutif Perniagaan (Unit Perniagaan Konfeksi) Nestle Products Sdn Bhd, Sachin Goel berkata, coklat berkenaan mengandungi inti trufel coklat pekat, wafer rangup serta kepingan kacang hazel.

Ia disalut dengan coklat susu halus yang lazat dan membangkitkan selera. Setiap lapisan wafelnya mengandungi rasa sensasi yang manis dan mengujakan.

"Lapisan krim trufel coklat pula dihasilkan daripada ramuan terbaik dari Sepanyol. Selain itu, kerangupan bahagian tengah wafel itu bersama kepingan kacang hazel panggang karamel pasti memberi kenikmatan dan kemewahan tersendiri," katanya pada majlis pelancaran coklat berkenaan di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Renovasi dan Inovasi (Unit Pemasaran Konfeksi), Thierry Martin.

Menurut Goel, coklat mewah itu hadir dalam balutan merah lembayung yang menawan dan disusun rapi dalam kotak dua lapisan.

Pada majlis sama, Martin turut melakukan demonstrasi membuat coklat berkenaan yang turut disertai wakil media tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:02 AM