LOKASI mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik semasa menjalankan memasang antena petang semalam. FOTO Erika George
LOKASI mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik semasa menjalankan memasang antena petang semalam. FOTO Erika George
Erika George


Miri: Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik semasa memasang antena televisyen di halaman rumahnya di Kampung Keluru Jaya, Bekenu, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binjie berkata, mangsa yang maut berusia 39 tahun.

Katanya, sepasukan anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 3.59 petang.

Menurutnya, sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati mangsa sudah dihantar ke Klinik Kesihatan Bekenu.

"Hasil maklumat awal yang diterima daripada ahli keluarga, mangsa sedang melakukan pemasangan antena televisyen di halaman rumah dengan menggunakan galah aluminium sebelum tersentuh pada kabel elektrik berhampiran hingga menyebabkan dia terkena renjatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba seterusnya melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian dan selepas keadaan didapati selamat maka operasi ditamatkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Jun 2022 @ 4:20 PM