Bomba menyelamatkan wanita warga asing yang cuba membunuh diri, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Bomba menyelamatkan wanita warga asing yang cuba membunuh diri, pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Mohamad Zulhairie Manzaidi


Kota Bharu: Pujukan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita warga asing daripada terjun ke Sungai Kelantan di belakang sebuah hotel, di sini, pagi tadi.

Wanita berusia lingkungan 40 tahun itu dikatakan mahu terjun ke dalam sungai selepas berlaku salah faham dengan majikannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada jam 8.52 pagi dan seramai lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik sampai, pihaknya mendapati wanita itu berada di kawasan air cetek di Sungai Kelantan.

"Kami cuba memujuk mangsa supaya tidak meneruskan niat terjun ke sungai dan mengambil masa selama 15 minit.

"Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 5:29 PM