Mangsa ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri. FOTO Ihsan pembaca
Mangsa ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri. FOTO Ihsan pembaca
ANGGOTA bomba dan penyelamat termasuk polis mengawal keadaan di Jambatan Sultan Yahya Petra, lokasi seorang remaja perempuan cuba membunuh diri. FOTO NSTP/IHSAN PEMBACA
ANGGOTA bomba dan penyelamat termasuk polis mengawal keadaan di Jambatan Sultan Yahya Petra, lokasi seorang remaja perempuan cuba membunuh diri. FOTO NSTP/IHSAN PEMBACA
Siti Nor Hidayatidayu Razali


AKIBAT berpisah dengan teman lelaki, remaja perempuan cuba bunuh diri dengan terjun ke Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, malam tadi.

Bagaimanapun, remaja 18 tahun itu diselamatkan anggota kereta Unit Peronda Polis (MPV) dalam kejadian 10.45 malam itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, sebaik menerima laporan daripada orang awam, anggotanya segera ke lokasi kejadian.

Katanya, ketika sampai, polis mendapati seorang perempuan cuba terjun ke Sungai Kelantan dari jambatan itu.

ANGGOTA bomba dan penyelamat termasuk polis mengawal keadaan di Jambatan Sultan Yahya Petra, lokasi seorang remaja perempuan cuba membunuh diri. FOTO NSTP/IHSAN PEMBACA
ANGGOTA bomba dan penyelamat termasuk polis mengawal keadaan di Jambatan Sultan Yahya Petra, lokasi seorang remaja perempuan cuba membunuh diri. FOTO NSTP/IHSAN PEMBACA

"Perempuan itu meronta-ronta dan menjerit sebelum anggota bertugas bersama orang awam cuba memujuknya. Kita berjaya memujuk mangsa dalam tempoh setengah jam sebelum tangkapan dibuat.

"Hasil siasatan mendapati mangsa cuba membunuh diri kerana berpisah dengan teman lelaki.

"Mangsa juga tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan akuan mulutnya dia berasal dari Kampung Banggol, Jalan PCB," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, perempuan itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut sebelum dibawa ke Balai Polis Kota Bharu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 April 2018 @ 12:24 PM