Anggota bomba dan polis memeriksa mayat yang ditemui. FOTO ihsan bomba.
Anggota bomba dan polis memeriksa mayat yang ditemui. FOTO ihsan bomba.
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Lelaki berusia 40 an ditemui lemas dalam Sungai Kelantan di bawah Jambatan Sultan Yahya Petra di sini pagi tadi.

Mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya itu ditemui terapung oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Kota Darulnaim jam 7.20 pagi.

Ketua BBP Darulnaim Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata, pihak menerima panggilan kecemasan pada 6.47 pagi sebelum 11 anggota termasuk unit skuba dari BBP Kota Bharu ke lokasi kejadian.

"Setibanya kami membuat tinjauan di sekitar lokasi kejadian sebelum ternampak kepala mangsa timbul di permukaan sungai

"Dua anggota bomba turun ke dalam sungai untuk mengambil mangsa dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan menerima laporan penemuan mayat itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Februari 2016 @ 12:36 PM