BOMBA menyelamatkan wanita warga asing yang cuba membunuh diri di Sungai Kelantan, semalam.
BOMBA menyelamatkan wanita warga asing yang cuba membunuh diri di Sungai Kelantan, semalam.
myMetro

Kota Bharu: Seorang wanita warga asing yang cuba membunuh diri dengan terjun di Sungai Kelantan di belakang sebuah hotel, di sini, diselamatkan anggota bomba dan penyelamat, semalam.

Wanita berusia 40-an terjun ke dalam sungai pada jam 8.30 pagi, dipercayai akibat tertekan selepas berlaku salah faham dengan majikannya.

Bagaimanapun, mangsa diselamatkan anggota bomba pada jam 9.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim Penolong Penguasa Bomba Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada jam 8.52 pagi dan lapan anggota bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, sebaik sampai, pihaknya mendapati wanita itu di dalam sungai dengan kedalaman 1.5 meter di tepi Sungai Kelantan.

“Kami memujuk mangsa selama 15 minit.

“Bomba mengawal rapi mangsa yang tertekan bagi mengelakkan wanita itu terjun semula selepas diselamatkan.

“Wanita itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2017 @ 9:38 AM