Jakarta: Presiden Joko Widodo dijangka terbang ke Pangkalan Bun, Kalteng sebelum meneruskan perjalanan ke Surabaya untuk bertemu keluarga mangsa nahas pesawat Air Asia QZ8501.

“Mungkin ke tempat kejadian dulu, baru ke Surabaya kerana cerita Jokowi tadi, beliau mahu melihat lokasi nahas, memastikan lokasi dan ke Surabaya,” kata Menteri Koordinator Bidang Perekonomian (Menko Perekonomian) republik itu, Sofyan Djalil.

Pesawat Jokowi dijangka berlepas dari Halim Perdanakusumah petang ini.

Menurut Sufian, Jokowi pergi ke Pangkalan Bun untuk melihat lokasi penemuan pesawat dan selanjutnya ke Surabaya untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa.

“Beliau mahu bertemu dengan keluarga mangsa untuk memberikan sokongan moral,” katanya. -detik.com

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Disember 2014 @ 5:45 PM