BERNAMA

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat jam 3 petang ini berikutan cuti panjang sempena Tahun Baharu Cina.​​​​​

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, trafik perlahan di Juru menuju ke Perai, Seberang Jaya ke Perai, Rawang ke Sungai Buaya, Bukit Tagar ke Tanjung Malim, Slim River ke Sungkai, Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Tapah ke Tapah sehingga Gopeng.

Menurutnya, trafik turut perlahan di Nilai menuju R&R Seremban, Port Dickson ke Hentian Senawang dan Skudai ke Sedenak sehingga Simpang Renggam.

“Aliran trafik turut tinggi di Bangunan Sultan Iskandar dari Singapura ke Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, trafik perlahan dari Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah dan Lentang ke Bentong manakala di lokasi lain masih lancar dan terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Februari 2019 @ 4:41 PM
Aliran trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan R&R Tapah. FOTO Effendy Rashid
Aliran trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan R&R Tapah. FOTO Effendy Rashid