Hashim meninggal duni pagi semalam. FOTO Muhd Faris Zainuldin
Hashim meninggal duni pagi semalam. FOTO Muhd Faris Zainuldin
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Bapa kepada bekas pemain badminton negara Roslin dan Muhammad Hafiz Hashim meninggal dunia akibat sakit kronik di rumahnya di Kampung Sireh, di sini, 6.30 pagi semalam.

Zawiah Hassan, 69, berkata, suaminya, Hashim Ihsan, 81, menghidap sakit jantung, gout, paru-paru berair dan angin ahmar sejak sebulan yang lalu.

"Kesihatan suami semakin merosot sejak tiga minggu lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas Subuh semalam di sisi saya dan anak.

"Alhamdulillah 10 anak kami pulang ke kampung termasuk Roslin dan Muhammad Hafiz," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Menurutnya, jenazah suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Darulnaim.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 1:18 PM