Mohd Shafiqul Islam dijatuhi hukuman penjara 22 tahun atas kesalahan menyebabkan kematian warga Myanmar. FOTO  Muhd Faris Zainuldin
Mohd Shafiqul Islam dijatuhi hukuman penjara 22 tahun atas kesalahan menyebabkan kematian warga Myanmar. FOTO Muhd Faris Zainuldin
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Seorang buruh warga Bangladesh dipenjara 22 tahun di Mahkamah Tinggi Kota Bharu selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang warga Myanmar dengan tukul, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Bache menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Shafiqul Islam Abu Khair Mullah, 30, mengaku salah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kematian Nasrul Hakim Nazir Ahmad, 30, di sebuah rumah di Jalan Puteri Sadong, Wakaf Bharu, Tumpat antara jam 6 petang sehingga 8 malam, pada 6 Mei 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nooriah Osman manakala tertuduh diwakili peguam Ariyani Mohd Amin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 4:57 PM