Tuan Maziham diiringi anggota polis selepas Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman penjara kepada tiga hari berbanding 14 hari sebelum ini. FOTO Fathil Asri
Tuan Maziham diiringi anggota polis selepas Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman penjara kepada tiga hari berbanding 14 hari sebelum ini. FOTO Fathil Asri
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengurangkan hukuman penjara kepada tiga hari berbanding 14 hari terhadap seorang wanita mengandung yang mengaku bersalah terhadap tuduhan mencuri di dalam pasar raya, tujuh tahun lalu.

Hakim Ahmad Bache bagaimanapun mengekalkan hukuman denda RM3,000 yang dikenakan terhadap tertuduh, Tuan Maziham Yasma Tuan Abdul Wahab, 39.

Ahmad Bache dalam penghakimannya berkata, selepas pertimbangan dibuat, pihaknya berpendapat hukuman penjara selama tiga hari sehingga hari ini sudah memadai.

Responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ainul Wardah Shahidan manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Hasif Hassan.

Mahkamah Majistret pada 8 Ogos lalu menjatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM3,000 terhadap tertuduh yang mengaku salah terhadap tuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mencuri dua pasang selipar, enam pasang baju, sehelai baju-T kanak-kanak dan tiga pasang sarung tangan bayi bernilai RM165 di tingkat dua Pasaraya Tesco, di sini, jam 3.55 petang pada 21 Mac 2009.

Kes didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 4:13 PM