Mangsa dibawa keluar menggunakan bot gentian kaca. FOTO ihsan bomba
Mangsa dibawa keluar menggunakan bot gentian kaca. FOTO ihsan bomba
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Rompin: Dua pekerja ladang yang terkandas akibat banjir diselamatkan anggota bomba di Felda Selancar 1, Muadzam Shah, di sini, 11.30 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang ketika dihubungi berkata, mangsa warga Indonesia berusia lingkungan 40 tahun dikatakan terperangkap di sebuah ladang ternakan ayam dan menghubungi bomba bagi membawa mereka ke kawasan selamat.

"Operasi dijalankan jam 11.32 pagi menggunakan sebuah bot gentian kaca.

"Mangsa dibawa keluar jam 12.16 tengah hari dalam keadaan selamat," katanya.

Jurucakap itu memberitahu, pihaknya sentiasa berjaga-jaga dan memantau sebarang perkembangan terkini banjir memandangkan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 4:50 PM