Antara selebriti yang menyertai perarakan anti-Trump di Amerika dan London. - Foto Agensi
Antara selebriti yang menyertai perarakan anti-Trump di Amerika dan London. - Foto Agensi
Perarakan anti-Trump di London. - Foto Agensi
Perarakan anti-Trump di London. - Foto Agensi
Agensi

Washington: Berbaju merah jambu dengan topi tajam, jutaan wanita termasuk selebriti terkenal, meredah cuaca sejuk, termasuk di London dan Amerika Syarikat menyertai perarakan di seluruh dunia membantah Donald Trump sebagai presiden baru Amerika.

Lebih 600 perarakan diadakan di seluruh dunia dengan peserta membawa sepanduk termasuk bertulis ‘Wanita tidak akan mengalah’, mengecam Trump membabitkan pelbagai isu seperti pengguguran kandungan dan perpaduan.

Dianggarkan lebih 500,000 orang, sebahagian besarnya wanita menyertai ‘Perarakan Wanita’ di Washington yang turut disertai selebriti, termasuk Katy Perry, Madonna, Scarlett Johansson, Jake Gyllenhaal, Emma Watson, Ashley Judd, Cher, America Ferrera, Kristen Stewart, Charlize Theron, Whoopi Goldberg, Cynthia Nixon, Charlotte Church, Yoko Ono, Helen Mirren, Julia Roberts, John Legend dan Amy Schumer.

Kira-kira 2.2 juta orang, sebahagian besarnya wanita menyertai perarakan itu di seluruh dunia bagi menyokong hak wanita dan hak asasi manusia dengan 100,000 memenuhi jalan raya di London.

Perarakan dan tunjuk perasaan besar turut diadakan di Paris, Berlin dan Edinburgh, Rome, Prague, Amsterdam, Stockholm, Athens, Copenhagen, New Delhi, Brussels, Mexico City, Barcelona, Manila, Toronto, Madrid, Geneva, Cardiff dan Sydney, membantah Trump sebagai Presiden Amerika yang ke-45.

Selain itu, banyak tunjuk perasaan anti-Trump diadakan di Amerika, terutama di Washington, dengan sebahagiannya bertukar menjadi ganas, memecahkan tingkap kedai, membakar kereta dan melambakkan tong sampah di tengah jalan.

Sebahagian penunjuk perasaan yang bersekutu dengan kumpulan menggelar diri mereka ‘Disrupt J20’, ditahan polis. Nama ‘Disrupt J20’ itu diambil sempena tarikh pelantikan Trump - Januari 20.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 5:59 PM