Runtuhan cerun membabitkan laluan Jalan Aring 8 ke Kenyir dan Kuala Jeneris dari Felda Aring 8, Gua Musang ke persimpangan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. FOTO ihsan FB JKR
Runtuhan cerun membabitkan laluan Jalan Aring 8 ke Kenyir dan Kuala Jeneris dari Felda Aring 8, Gua Musang ke persimpangan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. FOTO ihsan FB JKR
Isma Ismail dan Nazdy Harun


Kuala Terengganu: Jalan Aring 8 ke Kenyir dan Kuala Jeneris dari Felda Aring 8, Gua Musang ke persimpangan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu ditutup untuk semua kenderaan.

Penutupan laluan adalah disebabkan berlaku runtuhan cerun dalam kejadian 9.30 pagi ini.

Makluman penutupan laluan FT185 itu dimuat naik Jabatan Kerja Raya (JKR) di Facebook pada tengah hari ini.

Runtuhan cerun itu berlaku di kawasan Seksyen 52 membabitkan lebih separuh jalan itu mendap dan terdapat juga rekahan pada sebahagian lagi jalan di laluan terbabit sekali gus mengundang risiko kepada pengguna.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud mengesahkan penutupan laluan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 1:26 PM