GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Amirul Aiman Hamsuddin


Shah Alam: Mangsa banjir di Selangor berkurangan kepada 1,030 orang pada petang hari ini berbanding 1,215 orang pagi tadi.

Kesemua mangsa membabitkan 267 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Gombak, Hulu Langat dan Petaling.

Berdasarkan info Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) setakat 4 petang tadi, Gombak mencatatkan 160 mangsa daripada 41 keluarga yang dipindahkan di dua PPS.

Petaling pula merekodkan 869 mangsa yang ditempatkan di empat PPS manakala Hulu Langat hanya merekodkan seorang mangsa.

Sementara itu, berdasarkan info sama menunjukkan terdapat dua insiden cerun runtuh membabitkan daerah Kuala Selangor dan Hulu Langat.

Runtuhan tebing di Jalan Ladang Caledonian, Batu Arang disebabkan hujan lebat berterusan. manakala bagi Jalan Genting Peras, tiada status diperolehi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2022 @ 5:24 PM