Jalan Kuala Jeneris-Kenyir-Aring 8 ditutup. FOTO GOOGLE MAP
Jalan Kuala Jeneris-Kenyir-Aring 8 ditutup. FOTO GOOGLE MAP
BERNAMA

Hulu Terengganu: Jalan Kuala Jeneris-Kenyir-Aring 8 yang sering menjadi laluan orang ramai dari Terengganu untuk ke Gua Musang, Kelantan dan Cameron Highlands, Pahang, ditutup kepada semua kenderaan bermula hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Terengganu dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan jalan di Kilometer (KM) 74.8 hingga KM75 itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kejadian mendapan yang berisiko menyebabkan tanah runtuh di kawasan tersebut.

Jurutera JKR Daerah Alif Zuwairi Baharuddin berkata, penutupan itu membabitkan laluan sepanjang 200 meter dan ia akan dibuka semula pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

"Sehubungan itu, papan tanda amaran akan dipasang untuk panduan pengguna jalan raya. Orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Kota Bharu-Gua Musang untuk ke destinasi masing-masing.

"Orang ramai boleh berhubung dengan pejabat JKR Daerah Hulu Terengganu, di talian 09-6811900 atau faks 09-6811896 untuk maklumat lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2021 @ 5:53 PM