Enam kanak-kanak yang maut dalam kebakaran dengan Erin (duduk kanan, memegang bayi) yang menyelamatkan dua adiknya, Jack (berkaca mata) dan Jane (duduk, dua dari kiri). - Foto Daily Mail
Enam kanak-kanak yang maut dalam kebakaran dengan Erin (duduk kanan, memegang bayi) yang menyelamatkan dua adiknya, Jack (berkaca mata) dan Jane (duduk, dua dari kiri). - Foto Daily Mail
Agensi

Baltimore: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun menyelamatkan dua adiknya ketika kebakaran rumah mereka yang menyebabkan enam lagi adik beradiknya berusia antara sembilan bulan hingga 11 tahun maut, semalam.

Kanak-kanak itu, yang menurut jiran dikenali sebagai Erin, menyelamatkan adik lelakinya, Jack dan adik perempuannya, Jane. Ibu mereka cedera parah dalam kebakaran rumah tiga tingkat berkenaan.

Menurut Reuters, enam kanak-kanak yang maut itu ialah seorang bayi sembilan bulan, seorang kanak-kanak dua tahun, sepasang kembar perempuan berusia tiga tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan 11 tahun.

Ketika anggota bomba tiba pada 12.30 tengah malam (waktu tempatan), tingkat tiga rumah berkenaan sudah runtuh ke tingkat dua

Selepas api berjaya dipadamkan, anggota bomba mengambil masa beberapa jam bagi menggali dan mengeluarkan semua mayat dengan yang terakhir ditemui pagi ini.

Ibu mereka dikenali sebagai Katie Malone, pembantu khas di pejabat seorang ahli kongres Maryland, Elijah Cummings, kini dalam keadaan kritikal bersama Jack dan Jane.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2017 @ 4:42 PM