Pacquiao (tengah) dan isterinya Jinkee menemui Mary Jane di penjara Wirogunan, Yogyakarta.
Pacquiao (tengah) dan isterinya Jinkee menemui Mary Jane di penjara Wirogunan, Yogyakarta.

Manila: Ikon tinju Manny Pacquiao semalam berdoa bersama seorang wanita Filipina yang dihukum mati di Indonesia dan berjanji untuk merayu bagi mendapatkan pengampunan bagi pihaknya, usaha terakhir untuk menyelamatkannya.

Pacquiao dan isterinya Jinkee menghabiskan masa sejam dengan Mary Jane Veloso di penjara Yogyakarta awal semalam.

Mary Jane dihukum mati kerana menyeludup dadah selepas heroin ditemui dalam begnya di Lapangan Terbang Yogyakarta pada 2010.

Hukumannya ditangguhkan pada saat akhir April lalu apabila lapan pesalah lain - dua rakyat Australia, empat Nigeria, seorang Brazil dan seorang Indonesia - menjalani hukuman itu.

Dua rayuan perbicaraan semula sebelum ini gagal membatalkan hukuman mati ke atas Mary Jane.

Pacquiao yang juga anggota Kongres Filipina dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kongres mengenai pekerja negara itu di luar negara dijadual melawat Parlimen Indonesia hari ini.

Usaha sudah diatur untuk dia berunding dengan Presiden Joko Widodo (Jokowi). - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 5:03 AM