FASHA Sandha. FOTO Rohanis Shukri
FASHA Sandha. FOTO Rohanis Shukri
Nor Akmar Samudin


Sejarah cinta Fasha Sandha, 33, dengan bekas suami, Jejai atau Rizal Ashram Ramli, 39, sudah berakhir.

Namun, dia tidak akan memisahkan kasih sayang anak dengan Jejai.

Dua anaknya iaitu Putra Ray­fal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2, belum tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada orang tua mereka lalu sebagai ibu, Fasha akan pastikan mereka terus menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.

“Apabila saya lihat mereka gembira, itu sudah cukup untuk saya. Saya sendiri tiada masa untuk bersedih kerana sibuk berlakon, menjadi duta kepada lima produk dan menguruskan salun yang sudah enam tahun beroperasi.

“Saya sangat selesa dengan keadaan sekarang. Walaupun sibuk bekerja saya akan pastikan anak berada di depan mata.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2017 @ 8:25 AM