Satu-satunya murid tahun satu SJKT Ladang Sungai Sebaling, Jempol, M Megala, bersama guru besar M Genesan.  (Foto ABNOR HAMIZAN) dan gambar kanan, guru Tong Li Xiang (kanan) mengajar Lucas Lin Yu Chee, murid tungga tahun satu SRJK (C) Yoke Hua, Kuala Pilah. (Foto AMRAN YAHYA)

Guru Matematik R Jayapritha (kanan) ketika memulakan sesi pembelajaran hari pertama tujuh pelajar tahun satu SK Assumption, Pulau Pinang. - Foto AMIR IRSYAD OMAR
Guru Matematik R Jayapritha (kanan) ketika memulakan sesi pembelajaran hari pertama tujuh pelajar tahun satu SK Assumption, Pulau Pinang. - Foto AMIR IRSYAD OMAR
Guru SK Tebing Rebak, Bagan Datoh, bersama murid tunggal tahun lima, Nor Syarwani Ahmad Kamal. - Foto - ABU BAKAR AL SIDEK
Guru SK Tebing Rebak, Bagan Datoh, bersama murid tunggal tahun lima, Nor Syarwani Ahmad Kamal. - Foto - ABU BAKAR AL SIDEK
Nor Syarwani Ahmad Kamal membaca ikrar dengan murid tahun satu Dhia Sofea Mohd Ridzuan ketika sesi persekolahan 2017 SK Tebing Rebak, Bagan Datoh bermula hari ini. - Foto  ABU BAKAR AL SIDEK)
Nor Syarwani Ahmad Kamal membaca ikrar dengan murid tahun satu Dhia Sofea Mohd Ridzuan ketika sesi persekolahan 2017 SK Tebing Rebak, Bagan Datoh bermula hari ini. - Foto ABU BAKAR AL SIDEK)
Pemberita kita

Kuala Lumpur: Beberapa sekolah di semenanjung mengalami kekurangan murid yang serius, bukan saja kekurangan murid tahun satu, malah ada sekolah yang hanya dua murid seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di Bagan Datoh.

Sekolah itu hanya ada seorang murid tahun satu bagi sesi persekolahan 2017, Dhia Sofea Mohd Redzwan, 7, yang ditempatkan seorang diri dalam kelas.

Guru besar sekolah itu, Azmah Zakaria berkata kehadiran Dhia Sofea menjadikan sekolah yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Bagan Datoh itu kini ada dua pelajar, termasuk Ahmad Norsyarwani Ahmad Kamal, di tahun lima.

SK Tebing Rebak dibina sejak 1950-an, kini ada empat guru dan seorang kakitangan sokongan selain seorang guru besar.

"Dulu sekolah ini ada lebih 200 murid, namun bila sebuah sekolah dibina di kawasan seberang, jumlah murid mendaftar berkurangan," katanya.

Kampung Tebing Rebak mempunyai kurang 100 penduduk kerana kebanyakan remaja lepasan sekolah berhijrah ke bandar mencari rezeki.

Di Jempol, SJK Tamil Ladang Sungai Sebaling, terletak kira-kira 20 kilometer dari Bahau, hanya sembilan murid mendaftar hari ini, dengan hanya seorang murid mendaftar masuk tahun satu.

Guru Besarnya M Ganesan berkata, sekolah itu kini ada tiga murid tahun dua, tahun empat (tiga), tahun lima (seorang) dan enam (seorang).

Sementara itu, SRJK (C) Yoke Hua, Air Mawang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, hanya ada seorang murid tahun satu selepas berjaya memujuk ibu bapa Lucas Lin Yu Chee, 7, supaya mendaftarkan anak mereka di sekolah itu.

Tahun ini, sekolah itu hanya ada 18 murid dengan dua murid di tahun dua, tahun empat (dua murid), tahun lima (enam), tahun enam (enam).

Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption, Bagan Dalam, Butterworth pula hanya ada tujuh murid tahun satu bagi sesi 2017.

Sekolah itu hanya ada 65 murid lelaki dari tahun satu hingga enam dengan 18 guru.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 11:10 PM