PENGUNJUNG berjalan di sebelah tasik di Beijing ketika jerebu tebal menyelubungi bandar raya itu, semalam.  - AFP
PENGUNJUNG berjalan di sebelah tasik di Beijing ketika jerebu tebal menyelubungi bandar raya itu, semalam. - AFP
AP

Beijing: Jerebu tebal di utara China menyebabkan ratusan penerbangan dibatalkan dan lebuh raya ditutup, menjejaskan cuti Tahun Baru.

Sebahagian besar kawasan di utara dilanda jerebu sejak pertengahan bulan lalu, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan ratusan kilang ditutup dan mengehadkan jumlah kenderaan di jalan raya dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran.

Pencemaran terbaru itu bermula Jumaat lalu dan dijangka berkekalan hingga Khamis depan.

Di Beijing, 24 penerbangan dibatalkan di lapangan terbang utama bandar raya itu dan semua perkhidmatan bas dari dan ke bandar lain, digantung.

Di Tianjin, bandar berhampiran Beijing, keadaan jerebu dilaporkan tidak teruk tetapi jarak penglihatan terlalu buruk.

Sebanyak 24 bandar raya di China mengeluarkan amaran peringkat merah sejak bulan lalu, memaksa langkah diambil seperti mengehadkan penggunaan kenderaan dan menutup kilang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2017 @ 7:45 AM