FOTO AFP
FOTO AFP


Tunis: Sekurang-kurangnya lima terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera dalam kemalangan kereta api dan bas.

Kementerian Dalam Negeri Tunisia, menjelaskan bas itu putus dua selepas dirempuh kereta api pada nahas kira-kira 6 pagi waktu tempatan.

Tragedi itu berlaku dekat Sidi Fathallah, kira-kira 10 kilometer ke selatan ibu negara itu.

Lima yang terbunuh, termasuk kanak-kanak manakala 52 yang cedera dibawa ke hospital, dengan kebanyakan daripadanya agak parah.

Antara yang cedera itu pula termasuk lapan anggota tentera seperti dilaporkan stesen radio, Mosaique FM.

Mengikut sumber rasmi, lampu isyarat dan pagar keselamatan landasan tidak berfungsi ketika nahas itu.

“Kegagalan itu antara punca nahas,” kata jurucakap berkenaan memberitahu Mosaique FM.

Syarikat pengendali kereta api menyatakan bahawa siasatan ke atas nahas itu sudah dilakukan.

Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi, kemudiannya melawat mangsa nahas di hoapital Ben Arous.

“Saya diberitahu lampu isyarat itu sudah 15 hari tidak berfungsi.

“Ini bukan normal. Ini kerja orang malas. Semua mesti bertangungjawab,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2016 @ 2:53 AM