IMEJ Google Maps
IMEJ Google Maps
BERNAMA

Tunis: Sekurang-kurangnya tiga askar terbunuh selepas sebuah helikopter tentera terhempas di Gabes, tenggara Tunisia, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan pada Selasa.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Tunisia, Mohamed Zekri berkata, anggota tentera itu maut dalam nahas helikopter di daerah El Hamma.

Pasukan teknikal tentera sudah dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat punca nahas, tambah Zekri.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Oktober 2021 @ 1:00 PM