Youssef Chahed  bakal bertanding untuk menjadi presiden Tunisia. FOTO EPA
Youssef Chahed bakal bertanding untuk menjadi presiden Tunisia. FOTO EPA
AFP

TUNIS: Hampir 100 orang termasuk perdana menteri bersaing untuk menjadi presiden Tunisia seterusnya, sebelum tamat tarikh akhir pendaftaran semalam.

Seramai 98 calon presiden mengemukakan kertas kerja masing-masing semalam, tepat jam 6 petang (waktu tempatan), kata jurucakap pilihan raya negara kepada AFP.

Semalam sahaja menyaksikan 42 orang menghantar pencalonan mereka.

Perdana Menteri Youssef Chahed yang mengumumkan bakal bertanding kelmarin, menghantar permohonannya sambil disorak penyokongnya dan mengesahkan dia tidak akan meletak jawatan.

“Sesiapa yang berharap peletakan jawatan saya sebenarnya hanya bertujuan untuk menangguhkan pilihan raya,” katanya.

Pilihan raya yang dijadualkan November ini, dipercepatkan berikutan kematian penyandangnya Beji Caid Essebsi akhir bulan lalu pada usia 93 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Ogos 2019 @ 10:48 AM