Suasana di LTSIP selepas menerima panggilan bom palsu. FOTO Muhd Faris Zainuldin
Suasana di LTSIP selepas menerima panggilan bom palsu. FOTO Muhd Faris Zainuldin
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini turut menerima panggilan ancaman bom palsu kira-kira 11 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman panggilan itu diterima oleh individu dengan menggunakan nombor persendirian.

Katanya, sebaik menerima maklumat berkaitan bilik gerakan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan bertindak segera ke lokasi berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Unit Pemusnah Bom bertindak segera bersama pegawai dan anggota termasuk dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk melakukan siasatan secara terperinci di kawasan berkenaan bagi memastikan keselamatan orang ramai.

"Pemeriksaan dilakukan lebih satu jam itu tidak menemui sebarang bukti penemuan bom berkenaan," katanya di sini.

Sementara itu, pemeriksaan lanjut di Kompleks Mahkamah Kota Bharu turut tidak menemui sebarang bahan letupan seperti yang didakwa.

Kakitangan dan orang awam dibenarkan masuk semula ke mahkamah pada 2 petang tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2016 @ 5:00 PM