WU mengenakan gaun pengantin sementara isterinya memakai tuksedo. - DM
WU mengenakan gaun pengantin sementara isterinya memakai tuksedo. - DM
Agensi

Beijing: Tetamu di satu majlis perkahwinan di Nanchong, wilayah Sichuan minggu lalu terkejut apabila melihat seorang pengantin perempuan memakai tuksedo sementara yang lelaki muncul dengan gaun pengantin.

Pengantin lelaki, Wu Shuai berkata, idea itu datang daripada pengantin perempuan yang bimbang untuk memakai gaun di majlis itu.

Menurut Wu, mereka berkenalan pada 2011.

Ketika itu, katanya, pacarnya, Ou Qian bertubuh langsing dengan berat badan hanya 40 kilogram.

Bagaimanapun, selepas sekian lama berkawan, Ou semakin berisi.

Bimbang dia tidak akan kelihatan cantik dengan gaun pengantin, wanita itu memaksa Wu memakai gaun dan dia mengenakan tuksedo.

Wu mulanya keberatan tetapi selepas dipujuk, dia akhirnya akur.

“Kadang kala kita perlu meletakkan diri kita di tempat mereka yang tertekan. Itu yang akan membuat satu perkahwinan bahagia,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2016 @ 7:30 AM