Mary Victoria Dass

Pasir Gudang: Jenazah empat rakan yang ditemui maut di dalam kereta yang terjunam ke dalam sungai di Kilometer 42 Jalan Kota Tinggi-Mersing pagi tadi selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Cahaya Masai dan berhampiran Sungai Tengkorak, Plentong di sini, malam tadi.

Sebelum itu, semua jenazah disembahyangkan di Masjid Nurul Hidayah di Jalan Tasek, Bandar Seri Alam yang terletak berhampiran dengan kediaman keluarga mereka.

Kira-kira 1,000 jemaah hadir ke solat jenazah berkenaan.

Mangsa, Luqman Jainie, Nik Shakir Zufayri Nik Arif dan Muhammad Asyraf Isa dikebumi di tanah perkuburan Islam di Cahaya Baru Masai di Pasir Gudang.

Manakala Abu Izzani Abu Bakar dikebumi di tanah perkuburan Islam di Sungai Tengkorak, Plentong, Masai.

Misteri kehilangan empat sahabat berkenaan sejak seminggu lalu terjawab apabila kereta dinaiki mereka ditemui dalam sungai berhampiran ladang kelapa sawit dekat Felda Tenggaroh pagi tadi.

Mangsa yang ditemui maut dikeluarkan dari kereta itu sebelum dihantar Hospital Mersing untuk dibedah siasat.

Mereka yang masing-masing berusia 21 tahun itu dilaporkan hilang pada 10 Februari lalu ketika dalam perjalanan dari rumah mereka di Bandar Seri Alam ke Terengganu untuk bercuti di situ.

Kira-kira dua jam selepas bertolak dari Bandar Seri Alam, mereka gagal dihubungi ahli keluarga.

Berita berkaitan

• Ketabahan keluarga empat sahabat: http://bit.ly/1onU6J6

• Berakhir pilu.... [METROTV]: http://bit.ly/1oIqsPx

• Empat sekawan hilang: http://bit.ly/1oIggq4

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2016 @ 1:16 AM
JENAZAH Luqman, Nik Shakir Zufayri dan Muhamad Asyraf , dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang. FOTO Mohd Azren Jamaludin
JENAZAH Luqman, Nik Shakir Zufayri dan Muhamad Asyraf , dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang. FOTO Mohd Azren Jamaludin
INTAN @ Molek Mohd Yusof (tiga kanan) menabur bunga mawar di pusara anaknya, Abu Izzani sambil diperhatikan suami, Abu Bakar Rozali (empat kiri) di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak. FOTO Hairul Anuar Rahim