FOTO Farizul Hafis Awang
FOTO Farizul Hafis Awang
Mohd Fauzi Abdullah


Pekan: Kesayuan terpancar pada wajah Mohd Rasid Mohd Daud, 49, yang kehilangan tiga anak kerana lemas di Merchong, 5 Disember lalu.

Dia ditemui selepas menerima sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Balai Bomba Nenasi, di sini, hari ini.

Mohd Rasid kelihatan sebak dalam pertemuan singkat itu ketika bersalaman dengan Perdana Menteri.

Ketiga-tiga anaknya, Allahyarham Nor Aleeza Marliyana, 12, Mohamad Firdaus, 11 dan Nor Alia Mardiana, 7, belajar Sekolah Kebangsaan Merchong, ditemui lemas, pada 3.30 petang.

Ketiga-tiga arwah anaknya itu sebelum itu ada meminta izin untuk keluar memancing di kawasan parit berhampiran rumah mereka, pada kira-kira 2 petang.

Bagaimanapum, Mohd Rasid kemudiannya keluar mencari tiga anaknya itu selepas mereka tidak pulang pada masa dijanjikan.

Jenazah tiga beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Durian, di sini, 1 pagi, 6 Disember.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Disember 2016 @ 12:53 PM