Omar Osman


POLIS masih menunggu laporan analisa makmal bagi mengesahkan punca kematian tiga beradik yang ditemui mati bersama bapa mereka di Perdana Heights, Sungai Petani, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Alatrash Wahid berkata, sebab kematian dua anak lelakinya masing-masing berusia lima dan enam tahun serta anak perempuannya berusia lapan tahun belum diperolehi.

"Polis masih menunggu laporan analisa makmal mengenai punca kematian ketiga-tiga anak lelaki itu yang dipercayai dicekup pada muka dengan objek lembut seperti bantal.

"Kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan ke atas lelaki itu dan kematian mengejut (SDR) ke atas ketiga-tiga anaknya yang meninggal dunia itu," katanya dalam kenyataan di Sungai Petani, hari ini.

Katanya, bedah siasat itu dibuat pegawai perubatan Bahagian Forensik Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB) Alor Setar.

Bagaimanapum, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian lelaki yang ditemukan bersama tiga anaknya adalah menggantung diri, katanya.

Dalam kejadian 2 petang semalam, S Sivarau, 49, dan tiga anaknya, Yamunasri, 8; Sashvin Rau,6; dan Ragu Rau Ram,5, ditemukan mati di bilik di rumah itu.

Lelaki itu ditemui tergantung di leher manakala tiga anaknya terbaring di atas katil.

Kejadian dipercayai berpunca daripada masalah kewangan dihadapi keluarga terbabit.

Berita berkaitan:

Tekup muka anak, gantung diri [METROTV]

Tergamak bunuh tiga anak

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2017 @ 3:55 PM