TIGA beradik keluar memancing di kawasan parit kira-kira 300 meter dari rumah mereka sebelum ditemui lemas. FOTO ihsan Polis
TIGA beradik keluar memancing di kawasan parit kira-kira 300 meter dari rumah mereka sebelum ditemui lemas. FOTO ihsan Polis
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Pekan: Tiga beradik ditemui lemas selepas keluar memancing di kawasan parit berhampiran rumah mereka di Kampung Permatang Jerek Merchong, di sini, kira-kira 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, tiga mangsa iaitu Nor Aleeza Marliyana Mohd Rasid, 12; Mohamad Firdaus Mohamad Rasid, 11; dan Nor Alia Mardiana Mohamad Rasid, 7, ditemui bapa mereka serta beberapa penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

"Siasatan awal mendapati tiga beradik ini keluar memancing di kawasan parit kira-kira 300 meter dari rumah mereka. Ketika itu ibu bapa mangsa berada di rumah.

"Bagaimanapun semua mangsa ditemui lemas selepas bapa mangsa keluar mencari tiga beradik ini yang tidak pulang sebelum menemui anaknya lemas di kawasan memancing itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Disember 2016 @ 10:46 PM